Saturday, January 22, 2011

Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?

by STAFF BERITA SEMASA on JANUARY 19, 2011


Kami ingat selepas ini, menteri-menteri yang bagi kenyataan RM3,000 adalah golongan yang mempunyai pendapatan tinggi di Malaysia, turunkan gaji mereka kepada RM3,000 kemudian “letakkan” mereka-mereka ini di tengah-tengah bandar, boleh hidup tak dengan keadaan kos sara hidup sekarang ini?
Kalau dahulu menteri-menteri ini tak perlu bayar tol, tak perlu fikir pasal belanja kos minyak mereka, selalu hadiri majlis keraian, dan macam-macam kemudan lain, dan sekarang mereka lalui sendiri dengan pendapatan sebanyak itu, agak-agak beliau rasa sesuai tak mengatakan RM3,ooo dikategorikan golongan yang berpendapatan tinggi negara?
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapa Mohamed said today that his ministry will use RM3,000 a month in salary as a proxy for high-income jobs for the time being.
The minister of international trade and industry said RM3,000 is a “reasonable income” for someone in the Klang Valley and that it was a good income for regions such as the east coast and east Malaysia.
“You won’t be rich (with RM3,000) but you can survive,” said Mustapa. Other criteria for high-income jobs include being value added, high technology and knowledge and skill intensive. Mustapa, however, stressed that the definition was still evolving.
“We are using RM3,000 a month as a proxy for high-income jobs,” he said. “It is a work in progress and we hope for a more precise definition.” The minister said investment projects approved in 2010 are expected to create a total of 97,319 jobs when fully implemented, of which 74.2 per cent or 72,221 will be in the high-income category such as managers and engineers in the solar, advanced electronics, aerospace and oil and gas industries.
Malaysia is hoping to become a high-income nation with per capita gross national income of US$15,000 by 2020 or about RM45,500 using the exchange rates at the time it was announced in August 2010. The Economic Transformation Programme launched last year aims to create a further 3.3 million jobs “with a shift to medium and high-income salaries” through various projects in national key economic areas. Inflation, however, has become a major concern with the rising cost of living eroding the purchasing power of Malaysian salaries.
The prospect of the removal of subsidies which could further spur price increases could further erode the earning power of Malaysians. Malaysians currently enjoy subsidies in various essentials such as electricity, petrol, sugar and cooking oil.
Jenis bagi statistik pukul rata sahaja. Yang RM3,000, adakah termasuk anak-anak sekali dan tanggungan yang lain? Kemudian yang buat kami rasa pelik dengan kenyataan seperti ini. Kami quote ayat ini semula :
“You won’t be rich (with RM3,000) but you can survive,” said Mustapa.
Ayat menteri ini ayat perli atau apa ye? Beliau katakan RM3,000 sudah boleh diketegorikan sebagai pendapatan tinggi di Malaysia, tetapi kemudiannya beliau mengatakan pula dengan pendapatan tersebut hanya boleh survive sahaja. You won’t be rich (with RM3,000) but you can survive? Kenyataan apakah ini?
Adakah menteri ini sudah cukup faham dengan beban yang rakyat tanggung ketika ini? Cuba menteri bayangkan dengan hanya pendapatan RM3,000 dengan 4,5 orang  anak yang masih belajar lagi, nak bayar rumah, hutang kereta, bil elektrik, bil air, pampers & susu anak-anak, parking, nursery, belanja sekolah dan pengajian anak-anak, belanja dapur lagi, tol, harga minyak lagi. Sesuaikah dengan statistik yang menteri berikan?
Kemudian beliau mengatakan pendapatan perkapita pada tahun 2020 akan menjangkau USD15,000. Ini bermakna kalau berpandukan kepada kenyataan menteri ini, Gross Domestic Product (GDP) Malaysia pada  tahun 2020 mesti mencapai USD450 billion (dengan 30juta populasi pada masa itu). Realitinya sekarang ini GDP Malaysia untuk tahun 2011 hanya USD200 juta sahaja. Jadi sekarang ini  kalau kita nak capai USD450 billion dalam masa 9 tahun, pertumbuhan GDP negara mesti meningkat paling minimum 9 % secara terus-menerus. Pertumbuhan GDP kita sekarang ini pun baru sekitar 5% sahaja. Jadi anda renung-renungkanlah dan perhatikan samada Malaysia mampu atau tidak?
Adakah Menteri memberikan statistik hanya merujuk kepada maklumat melalui Wikipedia?
A high-income economy is defined by the World Bank as a country with a Gross National Income per capita of $12,196 or more in 2009 .
  • $12,186/12 = $1016
  • $ 1016 = RM 3098  (1USD:RM3.05)

Lain pula kenyataan Datuk Seri Najib Razak di Labis, Johor (melalui laporan NST) mengatakan RM3,000 dikira sebagai pendapatan serdahana. Kontra dengan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed. Nak hidup dengan RM3,000 lebih-lebih lagi di Klang Valley, siapa yang tinggal di situ tahulah “tanggungan mereka bagaimana”?
P/S : Setujukah anda dengan mengatakan jikalau anda berpendapatan RM3,000 sebulan boleh dikategorikan sebagai golongan yang berpendapatan tinggi di Malaysia? Tinggi ker RM3,000 di bandar berbanding RM3,000 yang tinggal di kampung? Tinggi ker RM3,00 yang sudah bekeluarga berbanding RM3,000 yang masih bujang lagi?


sy copy paste sbb rasa ia menarik..

http://beritasemasa.com/gaji-rm3000-pendapatan-tinggi
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.