Saturday, April 9, 2011

pergi.

Maaf saya tidak reti.

kalau dahulu, pekara ini mudah.. perkara remeh buat aku. buat mereka ketawa ?.
alahai, sekali bersuara, cukup. mereka yang menyambung dan terus menjadi riuh suasana.
tapi kini aku dingin, setiap perbuatan aku biasa buat mereka
dan kadang-kadang jadi lebih teruk sampai menjengkelkan.
aku jadi kayu, kaku.. tergaru-garu kepala aku yang tidak gatal ni memikirkan masalah ni,
tapi bila kali terakhir aku dating?. hahaha..
nampak sangat aku semakin kekok berhadapan dengan mereka.
tapi nk buat mcm mana. bukan aku tidak mahu, tapi.. aku da tak reti..

aku tak menunggu tapi keadaan membuatkan aku nampak seperti menunggu.
dlu aku belari3 untuk tunjukan aku sudah mampu bediri sendiri.
mereka cakap aku tipu diri sendiri. dan kini aku terus senyap menyepi.
sampai langsung tiada sesiapa di sisi.
mereka yang berkata aku tipu diri sendiri pun turut pergi.
sudah enam bulan aku begini. dan sudah lebih dua tahun dia pergi.
apa da jadi?. da tak hidup macam manusia?.. hahaha..

eyh,jangan ingat aku masih tidak dapat lupakan dia. tidak,
cuma aku takut untuk memulakan semula,
mesti ada perkara yang akan membatalkan niat aku.
mungkin belum sampai jodoh lagi kan.
kalau betul-betul jodoh da sampai, tepi jalan pun boleh jumpa jodoh.
tapi tuhan tak akan ubah nasib sesebuah kaum,
kalau kaum itu sendiri tak cuba mengubahnya. hahaha..

biasanya benda yang kita tak ada dan kita nak sangat-sangat selalunya susah nk dapat.
tapi kalau benda itu kita da ada, dan kita nk yang lagi bagus, itu senang..
besepah di depan mata.
cuba pikir, buang benda yang dah memang komfem2 hak kita, lalu pergi kepada yang entah sesiapa.
yang belum kita kenal siapa dirinya.
huhu, untungnya mereka kan.. hehe.

apa yang ingin di sampaikan di sini cuma, tidak perlulah banyak bercerita.
kita patut pendamkan sahaja.terlalu banyak bercerita menampakan kita bodoh.
habis semua dicerita sampai ternampak di mana kelemahan kita.
bukan senang nk memperbaiki kelemahan.
lebih baik sorok dari terus bercerita kepada entah sesiapa.
belajarlah dari seorang kawan baik dan biar mereka yang lain melihat kita normal.
mungkin ini ego, tapi inilah dunia, siapa yang boleh tahu sifat setiap orang yang kita jumpa?..
apa niat mereka?. ini cuma langkah berjaga-jaga.
jika rasa yakin mahu bercerita, cerita lah..
tapi jangan risau, kawan baik pun suatu hari nanti akan pergi tinggalkan kita juga.
masing-masing ada masalah sendiri kan. hehe.. 
cubalah. ini mereka yang kata dan ajar kepadaku, tapi jawapan aku..
sama macam kau.. huhu..

cerita dari Anonymous

by~
aPit
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.