Monday, August 8, 2011

aku Rindu ( i Need u )

INI CERITA CINTA AKU
(re-post)

cerita ini sudah hampir 3/4 tahun lamanya..
namun kejadian semalam menghangatkan kembali memori antara aku dengan dia..
kenapa mesti muncul wajah dia..
datang mendakap aku dengan penuh rasa rindu..
kehadiran mimpi ini sudah cukup untuk membuat aku menitiskan air mata..
apabila aku terlalu penat untuk mencari penganti dia..
percayalah, bukan skali dua temui kegagalan..
hakikatnya, aku sudah malas untuk menghitung kegagalan demi kegagalan ..
tidak akan mungkin ada yang sama..
menyesal itu sudah pasti..
tapi aku tidak akan kesal kalau itu kehendak ilahi..
setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..
yang pasti mungkin jodoh aku bukan dengan dia..

kehadiran dia membawa seribu perubahan dlm idup aku..
mana mungkin sekelip mata boleh hilang semua..
ini lah yang dinamakn cinta..
bagi aku saat mengenali dia adalah 1 perkara yang paling indah..
segalanya baru dan menarik buat aku..
dia yang menarik aku keluar dari kehidupan aku yang keseorangan..
bagi aku dulu dia nyawa aku..
dia segala-galanya..
tidak perlu lagi orang ke-3..
yang hanya di fikirkan duit-duit sahaja..
aku tidak tahu kenpa..
ketika itu..
kewangan menjunam pada tahap yang kritikal..
sampaikan aku menahan lapar disiang hari hanya untuk memastikan cukup wang untuk besama dengannya..
sumpah aku tidak penah merungut apa-apa..
cuma kadang-kadang ia agak terlalu luar biasa kehendaknya..
dari segi masa..
dan timbul pgaduhan..
sapa mengaku diri salah?..
kau atau aku?..
sama sahaja..
memang aku sedar..
aku tidak mampu untuk penuhi segala kehendak dia..
aku berkali-kali cuba untuk buat segala-gala yang termampu..
tapi semuanya tidak menjadi..
sebaliknya ia lebih membebankan lagi..
semkin hari semkin banyak pekara-perkara yang merugikan terjadi..
kehidupan yang tertekan membuatkan aku gagal memberikan kehidupan yang selesa buat dia..
tekanan membuatkn hubungan menjadi tegang..
aku sendiri tidak tahu kenpa boleh jadi bergini..
mungkin ini pertunjuk dari tuhan..
yang sudah tertulis dia bukan milik aku. dia bukan untuk aku.
tapi kalau kawan-kawan ingin tahu..
memang aku sayang dia sangat-sangat..
itu sebab sekarang aku nampak teruk..
segala-galanya nampak tidak terurus.
mereka semua yang melihat aku nampak aku  kelihatan serabut.

kawan..
ak memang agak kasar dengan dia sekarang..
sebab aku nak tunjuk aku mampu hidup tanpa ada dia..
walaupun hakikatnya tidak..
aku terus belagak seperti seorang yang punya segala-galanya..
padahal itu cuma lakonan semata-mata..
bertambah sakit adalah..
tapi aku harus lakukan perkara ini..
sebab aku mesti kena buat..
cukuplah aku sudah tunjukkan segala kelemahan aku kepadanya dia dahulu..
tidak sangup lagi aku biarkan diri terasa rendah..
cukuplah bagi aku apabila maruah aku dipijak dahulu..
aku perlu buktikan yang aku mampu hidup tanpa dia..
dan aku inginkan dia bahagia bersama orang yang mampu menjaga dia.
biar sedikit pun tidak terlintas apa yang terjadi pada aku apabila dia terus membenci aku.
sudah hampir setahun berlalu..
memang banyak yang aku tempuh..
tapi tidak ada pun yang mampu menarik minat aku..
hanya kegagalan sahaja..
ramai orang cakap pada aku..
kalau tidak mampu jangan mulakan..
tapi aku takut bila aku sudah lama berenti..
aku takut aku sudah tidak boleh becinta lagi..
ak takut sudah tidak ada perasaan lagi..
tapi aku pun  harus fikirkan yang dia bahagia disana..
ak kat sini menderita..
tapi ini lagi baik dari dia terus sakit bersama dengan aku kan.
kawan..
kenapa susah sangat..
aku tahu bila kita terburu-buru..
itu sebab buat semua pekara jadi tidak betul..
dan aku tahu yang tuhan ingin beritahu yang aku belum betul-betul bersedia lagi.

tapi aku.
tapi aku.
aku perlukan perganti dia..
ak tidak larat untuk terus hidup di sebalik bayang-bayang dia..

aku rindu senyumannya..
aku rindu bersembang dengan ibunya..
aku rindu melayan kerenah ayahnya..
aku rindu mendengar cerita abangnya..
aku rindu melihat gelagat kakaknya..
aku rindu saat aku mendodoikan dia..
aku rindu ketika malam hari aku becerita tentang kehidupan seharian aku..
bagi aku dia tempat aku mengadu,gelak,sedih,segala-segalanya..
ak bukan bergantung tapi aku hanya perlukan sokongan,perhatian..
penguat untuk aku teruskan kehidupan..
tidak perlu tunjukkan aku jalan..
aku tahu cara untuk kedepan..
cuma aku perlukn tujuan kenapa aku perlu terus  kehadapan..
ketika itu, dulu dia masa depan aku..
dengan dia aku rasa aku dapat tunjukkn sifat aku dengan jelas..
tidak perlu paksa atau dipaksa..
semuanya terjadi dengan sempurna..
adoi..

dalam keluarga ak tidak ada smua ni, dan tidak mungkin aku akan dapat semua ni..
pada mereka,semua buat hal masing-masing..
besembang dengan keluarga sndiri pun aku kekok?..
perlu fikir 3 4 kali sebelum berkata-kata..
adoi..
sudahlah abaikan sahaja..
tidak elok jika teru bercakap begini..
semua terjadi ini sudah tentu ada sebab..
lagipun semua sudah tinggal kenangan..

agak sakit sebenarnya berpisah dengan cara semacam ini..
dan aku selalu bertanya kenapa begitu mudah dia berubah hati ?..
kini aku sudah mendapat jawapanya..
sesungguhnya aku tidak mampu untuk  berikan apa yang mamat itu  boleh bagi..

kau jaga dia baik-baik ye..
dia banyak bersusah apabila bersama dengan aku.
dia banyak bersabar dan tahan dengan segala kekurangan aku.
cuma aku yang tidak nampak kelebihan dia sehingga dia tawar hati dengan aku.

dulu aku pernah cuba mendapatkan dia kembali.
tapi hati dia sudah bukan untuk aku lagi.
aku mengerti, dan ini yang aku lakukan untuk membuatkan dia lebih yakin dengan keputusan dia.
biarlah dia terus meluat dan benci pada aku.
aku sayang dia..
dan dear sorry ok..
i tahu i banyak buat salah dengan u..
tapi i rasa ini cara terbaik buat kita..
sorry sangat-sangat..

yang pasti aku tidak akan kembali..
dan aku berjanji..
siapa yg muncul kali ini..
aku akan buat yang terbaik, supaya aku tidak akan menyesal lagi..
aku janji..

Tapi..

~aPit
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.