Friday, October 21, 2011

setiap perkara ada permulaan.

situasi paling aku suka.

       detik permulaan tentang suatu perkara yang tidak dijangka. berlatarkan tempat didalam perpustakaan. hati gelisah memikirkan kerja yang belum lagi aku siapkan. aku perlu mengecaskan komputer riba untuk menyelesaikan tugasan yang telah lama aku tangguhkan. aku perlu menghantarnya hari ni!. dalam keadaan terpinga-pinga, tiba-tiba datang junior aku menyapa dari belakang dan mempelawa aku supaya pergi ke meja dia kerana disitu ada plug yang membolehkan aku cas komputer riba aku. siapa sangka, di sini buat kali pertamanya aku bertemu dengan dia.

     ketika itu aku hanya mengenakan kemeja lusuh dan seluar jeans yang agak londeh. dia seperti leka memperhatikan tingkah laku aku yang agak kelam kabut. ketika datang ke meja mereka, habis perkakasan alat tulis aku jatuh ke lantai, aku hanya memberikan senyuman pahit kepadanya. kerana aku sedar, keadaan aku ketika itu memang langsung tidak sesuai untuk mencari kenalan baru dan aku baru sahaja memalukan diri aku. aku lebih fokus kepada kerja aku. siapa sangka, dia mula menyapa aku kerana dia tertarik dengan nama sebenar aku. pelik?.
-end-

#junior
perkara ini merupakan alasan besar kenapa aku terus berada dekat dengan kau dan terus membantu kau.
terima kasih kawan.
setiap perkara perlu ada balasan tak kira baik atau buruk. :)
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.