Thursday, April 14, 2011

kami tak sombong, kami cuma tak reti.

cerita seorang lelaki.
dia baru sahaja dimiliki orang lain.

suka.
kita menemui gadis yang memenuhi cita rasa dan kita mula menyukai dia. kemudianya kita dapat tahu mungkin,mungkin dia turut menyukai kita. atau secara terang-terangnya ada rakan kita yang memberi tahu yang dia sukakan kita.

kita menjalankan hari-hari seperti biasa dan berangapan teguran seketika sudah memadai dan mampu membuat kita tersenyum beberapa hari. bahagianya hari-hari kita. kita rasa macam baru seminggu kita mengenalinya dan rasa belum bersedia untuk memulakan langkah kedua. pada hal perkara ini sudah makan berbulan lamanya.

tetapi bagaimana dengan dia?.

cinta.
dia mungkin atau memang menyukai kita. tetapi masa yang telah dia berikan terlalu lama. mungkin kesibukan hari-hari kita telah menyebabkan kehidupan seharian terasa sekejap. tapi bagaimana dengan dia?.
mungkin telah hadir beberapa orang jejaka yang turut menyukai dia. mungkin pada mulanya hati dia masih untuk kita. tapi apa balasan kita buat dia?. hanya biarkan dia ternanti-nanti walaupun body language masing masing jelas menunjukkan rasa suka antara satu sama lain.

pandangan aku, hari-hari wanita lebih panjang dari kita. ada sahaja wajah-wajah lelaki baru yang cuba mendekati mereka. cuma mungkin mereka tidak perasaan, atau menafikan. jadi tidak mustahil akan hadir seorang jejaka yang mampu untuk menyentuh hati dia. tidak semestinya dia meminati jejaka itu, sama seperti dia menyukai kita. mungkin jejaka itu mampu memberikan lebih dari kita. mengambil berat, memahami. atau yang paling penting BERANI. setiap manusia, telah diberi sifat sayang. kan ada istilah perikemanusiaan. dari situ telah nampak sifat-sifat manusia kan?. kalau kata menjaga tuh. aku rasa, semua manusia normal boleh lakukanya.

tapi, macam mana nak tunjukkan sifat tuh?. yang mampu membuatkan mereka rasa selamat. dan selesa bersama kita. bukan tak boleh, boleh tapi nk mengeluarkan perkataan ajak pergi dating pun setengah mati. macam mana?. usah cakap ajak pergi dating la. nk rapat dengan perempuan pun susah la. bukan tak berani. tapi wujud perkataan BLUR. kawan-kawan boleh kata yang kita ni pengecut. tapi kalau kita pergi pun kita nk buat apa. tak reti, tak biasa. gelabah. macam-macam penyakit la. ini sebab tidak biasa kan?.

ada org kata ini ego. aku pun turut mengakui sebab diri sendiri tidak mahu belaja cara hendak mengubahnya.
tapi susah, pekara ini sangat susah kalau dia tidak mulakannya. kebiasaannya bila kita tak reti. cuba buat-buat reti. akhirnya hasil memang mengerikan. tersalah berkata. dan membuatkan dia terasa. alahai. tak senang duduk di buatnya. bukan nk mintak buka kelas cinta. sebab ini pegalaman. tak kira banyak mana dengar orang bercerita. tapi sendiri tak melakukannya. memang tak ada guna. tapi susah la.

sayang.
 dia, mungkin dia masih menyukai kita. tapi kebiasaannya dia akan memilih dan pergi kepada orang yang lebih dekat denganya.di situ wujudnya keperluan, kebiasaan hari-harinya. atau ada perkara yang jejaka itu telah buat menyentuh hatinya. tak akan dia nak terus menanti pekara yang tak pasti. kita mana boleh yakin yang dia betul-betul tahu isi hati kita.siapa kita kawan nk harap dia tunggu kita lama-lama.. apa boleh buat?.
hanya mampu mengengam tangan dan memandang tepat ke langit. hai, nasib.
mungkin ada wujud gadis yang tidak seperti aku ceritakan di atas. dia yang mengorat kita balik.
tapi aku rasa,  tidak semua hebat dan hensem utk jadi seperti itu, kalau ada tuh untung la.
dan ada gadis yang memang betul-betul tak sukakan kita. dia angap kawan je. kita yang lebih-lebih..
apa-apa pun, yang penting. aku bukan kutuk kau.. aku pun macam kau..
fail bab ni.. kita manusia kan?. mana mungkin sempurna.
hahahaha..-loser. 

p/s:  dear..
maaf. kerana kecantikan kamu, takut kami hendak memulakanya.

~apit.

-
-

5 comments:

  1. OIT APIT... AKU TERASE NI.... adoiiii... tepat kene kat aku....... hahahaa -gon-

    ReplyDelete
  2. mmg cerita ni utk kau. hahaha.

    ReplyDelete
  3. hahaha..... walaupon sakit... ttp betol.. kahkahkahakh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.