Sunday, May 15, 2011

memerhati. memahami. dan cipta persepsi sendiri.

kecil.
kalau mereka bergaduh, aku hanya memerhati walaupun perkataan yang mereka luahkan sedikit pun aku tidak paham. tapi espressi wajah mereka cukup jelas untuk aku mengerti tentang situasi sebenar keadaan disitu. kebiasaanya apabila melihat aku, mereka behenti dan ibu memberikan senyuman terpaksa. kenapa aku cakap begitu, sebab itulah senyuman yang aku berikan sekiranya aku di marahi ayah, kerana rosakkan barang-barang di rumah. bepura-pura tersenyum tapi hati ingin menangis.tapi cinta mereka kuat. mereka bahagia hingga hari ini.

awal remaja.
kalau aku melihat mereka aku selalu terpegun. mereka kuat, mereka hebat. aku hanya mengekori dari belakang sahaja macam watak sampingan dalam cerita. kadang-kadang aku lah menjadi orang suruhan mereka. tapi buat apa nak terus berada di kalangan mereka. aku bukannya perlukan perlindungan dari mereka. aku hanya budak biasa yang bukan suka cari masalah. semua orang aku boleh berkawan, bukan ada musuh pun, jadi lebih baik aku membawa haluan sendiri. hidup dengan golongan yang seperti aku. memang kurang pengisianya kerana menjalankan hari-hari biasa sahaja. tiada perkara baru yang mencabar.
tapi tidak apalah jangan cari masalah. aku masih terus memerhati gelagat mereka yang dulu kononnya ketua aku. belajar buruk baik mereka. mana tahu satu hari nanti aku mampu berdiri di sebelah mereka. pasti ada cara atau benda yang boleh membuatkan aku sampai ke situ. aku memerhatikan mereka. aku belajar kalau bercampur, kerap melakukan aktiviti bersama boleh eratkan hubungan. malah lebih akrab dari adik dengan abang. segala cerita dia ada dalam poket kita.

remaja.
masa yang terlalu singkat untuk melakukan semua perkara. mana mungkin dapat duduk berbual dengan macam-macam orang dengan keadaan waktu bergini. minat lah selalunya menjadi petunjuk siapa kawan baik kita. yang lain cuma kawan biasa dan mungkin hanya bertegur sapa atau lepak sekali skala. kawan baik kita.
melakukan aktiviti yang sama-sama minat dan hampir setiap hari topik yang sama di bualkan. ada saja perkara-perkara baru yang buat kita teruja dan rasa ingin jadi yang terbaik. keseronokan mengejar dan mendalami minat. kebiasaannya ada saja perkara yang mencacatkan keseronokan ini. tikam belakang, begaduh. makan kawan, sehingga membuatkan kita rasa malas, dan tawar hati untuk teruskan perkara ini.
tapi, ramai juga yang kata umur selalunya mempergaruhi minat seseorang. sampai satu masa. kawan-kawan akan hilang dan pergi mengejar minat yang baru. perkara lama saat suka duka hanya tinggal sejarah. dan tak mungkin kita dapat undurkan masa untuk pergi mengejar keseronokan dahulu. aku belajar supaya jangan lupa dan terus berada di satu tahap. kerana umur kita semakin meningkat dan akan sampai tanggung jawab yang lebih besar untuk kita.

akhir remaja/ dewasa.
apa saja pergalaman lama kita sebelum ni. akan mempegaruhi perjalanan akan datang kn?.
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.