Friday, May 20, 2011

sebatang pen seribu inspirasi.

cerita disebalik ukiran di atasnya.

pagi, ouh da pagi rupanya tapi aku tidak tidur-tidur lagi ni. dari pukul 3 tadi aku duduk terkelu apabila terjumpa sebatang pen yang boleh di katakan agak berusia jika di lihat pada rupanya. apa yang menarik tentang pen ni. ini lah hadiah pertama dari orang untuk tarikh kelahiran aku. kali terakhir aku menyambutnya pada umur 5tahun agaknya. pen ini di hadiahkan sebagai tanda peringatan tarikh kelahiran aku. tersenyum sinis aku apabila terkenang semua kisah-kisah lalu. tapi perkara yang nk di coretkan bukan la tentang perkara ini. cuma pen ini menjadi penyumbang besar pada tajuk yang memberi aku seribu persoalan.


Maruah..
apa itu maruah. banyak perkara yang boleh kita ungkapkan tentang maruah, Tapi pada akhir zaman ni aku rasa ini bukan lagi perkara besar, macam dah tidak bernilai agaknya . entah lah siapa tahu hati masing-masing yang menilai perkara itu. bermula dengan berpikir tentang diri sendiri. apa itu maruah?, harga diri/falsafah diri/perinsip hidup/pegangan hidup. pandangan setiap dari orang adalah berbeza, dan mungkin ada dari mereka mengatakan perkara itu biasa. tapi ada juga berfikiran perkara itu penting atau sebaliknya. pada aku persoalan pada masalah ini bergantung kepada komuniti yg kita sedang berdiri. bagaimana pesepsi mereka. kehidupan dalam masyarakat terpaksalah  mengikuti cara pergerakan mereka. mana mungkin seorang mampu menumbangkan berpuluh orang secara berhadapan tapi mungkin boleh jika di mulakan dari dalaman. kita tidak boleh paksa orang memahami kita. tapi kita boleh cuba atau buat orang memahami kita rasanya. bolehkan kalau pelahan-lahan menceritakan kenapa, mengapa kita berpandangan sebegitu, mungkin kita salah atau betul. dan disebabkan terjalinnya hubungan maka mereka boleh membaiki kesalahan kita atau berubah demi kawan merek, betul tak?. salah orang kita selalu nampak tapi salah sendiri siapa tahu?. benar, ia agak memakan masa dan tidak ada 100% peluang berjaya, tapi orang selalu kata tak kenal maka tak cinta kan?. tapi kalau kita tidak mahu mencuba kerana pikirkan maruah/ego sebab terpaksa menjadi orang lain untuk mendekati mereka? atau kita boleh pilih untuk terus hidup sendirian dengan atas alasan mereka tidak akan memahami. itu pilihan masing-masing kerana di berinya akal untuk berfikir, di berinya hati untuk rasa simpati.   kan ?.


personaliti melambangkan harga diri.
pada aku cara mereka bersosial/bergaul menjadi isu besar buat aku bukan benda lain. bagi aku personaliti telah secara telusnya menceritakan tentang harga diri mereka walaupun bermati-matian mereka menyatakan apa yang kita sebutkan ini salah. sifat menjaga perlu ada tersemat di hati mereka. segala-galanya perlu di jaga. bukan semua perkara tidak boleh buat, ada yang boleh tapi perlu di jaga. tidak terlalu menonjol sifat-sifat yang boleh menimbulkan pekara-perkara yang boleh di jadikan isu. kata orang pandai cover lah. tah, mulut orang kita tidak boleh tutup tapi kelakukan kita, kita boleh jaga. antara orang baik dengan orang jahat, orang baik lebih hebat kerana berjaya menyembunyikan kejahataannya. tapi kalau betul-betul baik aku tak tahu nk cakap apa-apa lah. dan perkara yang lebih menyedihkan..
bila, pasangan kita sampai malu dengan kelakuan kita, sampai ada kawannya berkata, "weih, pasangan kau tu kenapa, ligat semacam je aku tengok.". apa dia nk jawab?. memang kita boleh cakap dia kenal aku dan aku kenal dia. jadi lantak lah apa orang nak kata. tapi, kalau kita sayang dia,dan betul-betul sukakan dia, seharusnya kita turut jaga mata dan telinga dia lah kan.dia segala-galanya buat kita. jadi jagalah semua perkara tentang dia. memang di mulut cakap tidak cemburu tapi di hati siapa tahu?. hati sesorang boleh berubah apabila mula hilang kepecayaan. nak buat orang percaya bukan senang. tapi nk hancurkannya. satu perbuatan sahaja sudah cukup. kalau bercinta rasanya. maruah perhubungan itu bukan di pikul seorang. sama-sama dapat rasakannya. jagalah hubungan itu. masa tengah indah, hargailah betul-betul. takut bila da timbul masalah. dah tak dapat rasa. perkara yang sama lagi.

tidak semua perkataan boleh di ungkap sewenang-wenangnya. lain orang lain takfsirannya.
jangan sampai jadi gaduh sudahlah. :)

~apit.
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.