Sunday, May 29, 2011

penjelasan berdasarkan pegalaman.

setiap orang  ada pandangan mereka kan?.

lokasi : pusat membeli belah.
ada seorang budak datang menghampiri aku.
budak: abang ape itu bahagia?.
kasim : ape gila kau ni tiba-tiba datang terus tanya soalan sebegitu?.
budak : saya hanya seorang budak yang ingin belajar abang. tolonglah saya. :)
kasim : mata kau merah. kau menangis ya?.
budak : abang mahu tolong saya atau tidak ni?.
kasim : kau duduk sini. bahagia ya?. kejap, itulah bahagia.
(menunjuk kearah sepasang kekasih).
budak : lelaki itu berikan bunga kepada kekasihnya kan. itu yang abang tunjuk?.
kasim : ya, kalau wanita itu memang betul-betul meminati bunga. dan kekasihnya telah memberikannya apa kegemaran dia. maka, mestilah dia rasa itu saat paling istemewa buat dia.
budak : ouh, (tergaru-garu kepala tanda tidak paham). sempurna pula ?.
kasim : itu, keluarga dalam kedai makanan itu.
budak : pasangan yang berumur duduk semeja makan bersama, gelak ketawa bersama anak-anak mereka yang sudah meningkat remaja dan ada yang sudah berkahwin. jadi itu sempurna?. macam perkara biasa sahaja?.
kasim : bukan semua orang dapat merasa perkara itu.
budak : err, bagaimana dengan cinta sejati pula?.
kasim : kejap , ha itu. pasangan itu yang suaminya mendukung bayi yang baru lahir.
budak : apa kena mengena ni?.
kasim : tak paham?, memang orang selalu kata walaupun cinta sejati tapi tak semestinya diakhiri dengan berumah tangga. tapi bagi aku. macam itulah cinta sejati, dapat berkahwin dengan orang yang kita betul-betul sayang dan anak yang baru lahir itu menjadi lambang cinta mereka.
budak : muke ganas hati jambu rupanya.
kasim : ha?. kau cakap ape tadi ?.
budak :tak ada apa-apa. abang sayang ?.
kasim : maksud untuk cinta itu besar. sayang salah satu sifat di dalamnya.
budak : contoh ?.
kasim : alamak,tak ada pulak pasangan yang tengah begaduh depan kita ni. kalau cerita sahaja boleh ?.
budak : aiyaakk. ok.
kasim : sayang akan nampak didalam keikhlasannya terhadap kita. mungkin kita tidak nampak tapi kawan kita ada yang nampak dari cara dia mendekati kita, cara dia menjaga kita. pasti boleh nampak kelainannya. bermula dari suka dan seterusnya menjadi sayang. biasanya kita nampak tapi kita buat-buat tak nampak. sayang, sayang. semua orang boleh cakap sayang. tapi dengan caranya kita boleh tahu yang dia sayang dan ikhlas dengan kita atau tidak.
budak : errr. ok abang ini soalan terakhir.
kasim : kejap, kau ni kenapa?. putus cinta ke?. jadi sekarang ni nak cari orang nak luahkan perasaan?. mentang-mentanglah nampak aku macam tengah bosan duduk seorang diri dekat sini kan?.
budak : eh, jangan cakap macam itu abang. ini takdir ni. ilmu jangan kedekut abang. saya janji ini terakhir.
kasim : apa dia?.
budak : setia pula macam mana kita nak nampak.
kasim : setia yea. ha, dia itu setia.
(menujuk ke arah sahabat aku khairi).
budak : tak nampak apa-apa pun abang?. apa yang setianya?.
kasim : setia mana boleh nampak der. benda itu dalam hati kau tu. kau seorang sahaja yang tahu kekasih kau tu setia atau tidak. memang orang luar boleh cakap macam-macam. tapi mereka cakap pada apa yang mereka nampak. bukan betul pun lagi apa mereka cakap itu. ingat kalau pasal mulut orang. kau lah kene pandai main peranan atur pergerakan kekasih kau. bukan megongkong. cuma ajarlah sikit batasan-batasannya kalau dia agak terlebih. yang pasti kalau kau ikhlas setia dengan dia, jangan risau atas tu maha besar. sampai masanya nanti tidak tahu sekejap atau lama kau akan dapat tahu juga kebenaranya. siapa dia yang sebenarnya. memang sakit, tapi kena pahamlah, semua ini pegalaman. kalau kita tidak buat kita tidak tahu.  perkara ni bukan boleh katam dalam sehari dua. kalau setahun pun belum tentu lagi kawan. aku pun tak katam-katam lagi ni. pasal kawan aku ni. dia kali terakhir bercinta waktu sekolah single sampai sekarang.
dia setia pada cinta ke, masih sayang pada bekas kekasih dia ke itu aku tidak tahu. kan aku cakap.
setia tu susah nak nampak.
khairi : kawan kerja kau ke tu kasim. eh mana mamat ?.
kasim : mana aku kenal budak ni, tetiba je datang sembang dengan aku.
budak : terima kasih abang.
(budak itu pergi melarikan diri).
khairi : aku tidak paham.

end~

.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.