Sunday, June 12, 2011

Dia kawan aku.

jauh atau dekat.

sifatnya agak kasar. gerak gayanya agak ganas. nampak macam mudah didekati.
tapi jika tersalah langkah atau cuba mengenalinya dengan hasrat yang terlalu tinggi.
dia hanya akan membalas dengan hanya 1 lambaian dan jangan harap dapat temuinya lagi.
pelik tapi itu yang aku kagumi. mereka mengangap dia api,
dengan sifatnya yang mudah marah dan selalu ingin menang.
jika dia marah, jangan cari lagi kesalahan dia atau cuba pertahankan diri.
kebenaran dan penceritaan penting buat dia.
sebab sifat sebenar dia bukanlah api.
dia cuma air panas yang perlu di tiup perlahan-lahan supaya marahnya reda dan akhirnya setiap kali pergaduhan, pasti dia akan menitis air mata. aku suka memerhatikan bila dia bercinta.
semua rakan-rakan mula di jauhkan. bukan bererti lupa kawan.
cuma baginya segala yang boleh buat kekasihnya curiga itu yang dia akan cuba elakkan.
kalau boleh segalanya yang terbaik buat cinta. itu komitmen dia, kena pahamlah.
dalam kehidupannya, dialah ketua. kalau boleh dia inginkan pebimbing dia.
tempat dia megadu,tempat dia mengeluh dan bukan jadikan dia sebagai tempat bergantung.
kerana bagi dia sudah cukup ramai yang begantung kepadanya.
belajar ringankan beban dia. tolong dia segala yang termampu.
walaupun dengan cuma temani dia.
aku suka sikapnya yang bersahaja.
tidak pernah mempertikaikan pakaian, kenderaan apa sahajalah.
di sebabkan itu tiada masalah rasa tidak selesa bila besama dengan dia.
sebab bila kita terlalu mengkritik orang.
mereka akan rasa tidak selesa dan malas untuk keluar dengan kita lagi.
mungkin dia menantikan seseorang yang cukup buat dia selesa dan dia tidak perlu ubah apa-apa.

entah lah. cuma kami melangkah dewasa bersama-sama.
jadi corak pemikiran kami agak serupa dan aku rasa aku tahu apa yang dia mahukan.
dan mungkin dia tahu apa yang aku mahukan.
belajar fahami dia. dia bukan kejar nama atau apa.
dia cuma inginkan kehidupan yang selesa dan terjamin, itu sahaja.
kepercayaan dia tinggi, kadang-kadang boleh nampak dia tu lurus sikit.
tapi janganlah hancurkan kepercayaan dia.
sebab susah dia nak percaya balik.
kadang-kadang kata-katanya memang berapi.
tapi kalau nampak riak mukanya bergurau.
percayalah, dia cuma main-main dan tak ada niat nk menyakitkan hati.
dia ada masalah, dia susah untuk berkata tidak.
fahami setiap kata-katanya.
kerna kadang-kadang ada erti tersirat.
dia memang sukar untuk meluahkan isi hatinya.
dan beharap orang lain yang memulakanya.
setiap peristiwa perlu tepat dan kena pada masanya.
kerna ada ketika, masalah lain boleh menganggu dia, dari memberikan jawapan.
mungkin perlu buat dia rasa yakin kut.. entahlah.

jika dapat miliki hatinya.
jaga dia baik-baik.
sebab segala rahsia aku ada di tangan dia.
dan aku tahu dia macam mana.
aku tak mahu dia kecewa lagi.

dari din blogger.
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.