Thursday, June 9, 2011

Gelap.

 bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan dalam kehidupan..

Siapa sangka. perkara yang sama semasa menduduki diploma dulu.
kini apabila melangkah ke dgree ia jadi lagi.
wang-,wang dan wang. dari semangat yang berkobar-kobar menjadi lemah longlai.
kaki melangkah perlahan. hati mengeluh lemah.
semua macam cuba angkat kaki dan pergi menjauhkan diri.
aku tidak salahkan mereka dan aku tahu mereka langsung tidak berniat begitu.
kerana sememangnya aku tahu bahawa gaji aku hari ini
sudah lebih tinggi dari pendapatan mereka.
lagipun dengan keringat senja, apa lagi yang mampu di kerjakan.
hanya boleh mencari sesuap nasi untuk meringankan sedikit beban s'isi keluarga.
aku risaukan pacuan beroda kecilku. aku sudah tidak mampu menyaranya lagi.
aku baru sahaja bersuara, gadaikan sahaja dia. aku bukan lagi tuan yang baik untuk dia.
mereka marah. aku terdiam tidak terkata.tapi di dalam fikiran ku cuma ada 1 perkara.
bagaimana aku mahu menyara hari-hari ku apabila kembali duduk di bangku nanti.
aku faham keadaan sekarang,tidak mengapalah.
permulaan perjalanan ini biarlah aku gunakan simpanan kecilku.
tetapi jarak perjalanan terlalu jauh jika di bandingkan dengan nilai didalam kocek ini.

aku boleh berhenti, dan mengerti bahawa disinilah penghujung .
tapi bagaimana dengan nanti, apabila sampai masa kehadiran pewarisku.
cukupkah dengan apa yang aku miliki hari ini untuk menanggung kehidupan mereka?.
rezeki akan hadir dengan perbagai cara.
tapi sekiranya aku gagal mencari punca kewangan yang kukuh.
sayu hati aku jika melihat dia turut menghadapi situasi yang sama seperti aku.
bagi aku biarlah aku yg bersusah payah dahulu. cuba buat yang terbaik.
lagi pun sememangnya aku sudah mengerti bahawa aku tidaklah sepintar mereka.
boleh mendapat tanggungan sepenuhnya dari badan kerajaan.
aku sedar aku dulu malas dan nakal.
kesedaraan aku dah terlalu lambat dan aku selalu terleka .
cuna apa yang aku mahu hanya pergi melangkah lebih jauh.
supaya dapat kehidupan yang lebih sempurna.
maafkan aku jika aku terlalu meminta dengan usia yang sudah hampir dewasa ini.
sepatutnya ketika ini aku sudah mampu mencari wang sendiri..
aku betul-betul tidak berniat menyusahkan kalian berdua.
maaf.

~apit
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.