1. Allah berfirman dalam surah  Al-middah ayat  51
“Jangan  kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman  rapat dan sekutu”
Persoalannya,   adakah Allah bercakap mengenai semua  Yahudi dan semua Kristian?   Al-Quran sebenarnya telah menjawab persoalan ini.  Terdapat banyak ayat   Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan  persaudaraan dengan   Yahudi dan Kristian.
Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian…?? Yaaa…Al-Quran membenarkannya dan secara jelasnya, ayat Al-Quran yang dibacakan tadi bercakap mengenai sgelintir Yahudi dan Kristian dan bukan semua orang Yahudi dan Kristian. JIka begitu golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang mana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan dan untuk menjadi sekutu mereka. Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat Al-Quran tadi….

“Jangan  jadikan orang Yahudi dan  Kristian sebagai  rakan atau sekutu, yang mana  mereka itu adalah rakan  dan sekutu sesama  mereka”
Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun. Tidak pernah dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi melakukan jenayah yang paling besar, yakni membunuh tuhan. Itu adalah jenayah terbesar. Membunuh tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian).
Maka kesannya, telah selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara orang Kristian dan Yahudi. Jadi ayat Al-uran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab. Ayat Al-Quran ini telah meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya di atas tuduhan di antara orang Kristian dan Yahudi di atas kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud
1400 tahun dahulu Allah berfirman bahawa ini akan berlaku. Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka keISLAMan kamu akan hilang.
petikan di ambil dari love love islam.
sahaja aku ambil sedikit sahaja.
mungkin ramai yang sudah tahu tentang perkara ini.
tapi cuba cari lebih banyak maklumat dan fahami sedalam-dalamnya tentang perkara ini.
Bersambung.
.
.

No comments:
Post a Comment