Monday, July 4, 2011

mimpi dia.

 ianya sukar.

  dia mengeluh lemah ketika menyapa aku. perlahan dia mengeluarkan kata-kata.' aku bermimpi dia lagi '. dari raut wajah di mukanya, jelas kelihatan masih besar hasrat di dalam hati yang dia pendamkan.mukanya sayu,  tidak ada apa lagi yang mampu aku ungkapkan. cerita yang sudah terlalu lama. dan apa yang aku boleh buat, hanya mendengar rintihan hatinya.

siapa didalam mimpinya?, cuma yang mampu aku jelaskan. seorang wanita yang dia bermati-matian mencintainya.hari demi hari, sepatutnya semua kenangan lama telah berlalu pergi. tapi dia terus dengan mimpi-mimpi dia. kasihan. aku hanya mampu menasihati apa yang terbaik.
kawan, mereka pernah memberitahu aku. jika kita mimpikan seseorang.itu kerana, kita terlalu fikirkan dia. aku rasa, cukuplah kawan. lebih baik kau berhenti dari terus menanti perkara yang kau sudah pasti ia tidak akan terjadi.
dia merenung tepat ke mata aku. wajah manusia tak bermaya ini cuba mengeluarkan kata-kata yang  tegas. 'aku tidak pernah fikirkan dia.'. aku mula sayu melihatnya. kenapa dia gagal dalam bercinta. sedangkan dulu dialah pecetus segala kerja gila. tapi kini dia umpama mayat hidup. tiada perasaan di hatinya, kosong.

kawan, berat aku ingin katakan, aku takut bila aku berkata begini. harapan kau meninggi kembali. mereka ada juga berkata padaku. mimpi itu tanda rindu dia kepada kamu.
 tapi kamu harus mengerti semua ini permainan tidur. tiada perkara yang jelas mengenainya. sudahlah, jangan terlalu ikutkan sangat kawan. panjang lagi perjalanan hidup kamu. aku tahu kamu setia, tapi janganlah kamu setia pada perhubungan yang sudah tiada. cukup lah.

 tidak akan wujud pengganti yang serupa, sebab tuhan mahu kita belajar erti bersyukur.
 kalau itu jodoh kau dia tidak akan lari ke mana. jangan terus menyeksa diri sebegini.
 sudahlah.

Siapa Dia?

~apit.
.
.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.